My Blog List

About

Powered by Blogger.

Tags

Archives

RSS

iPhone kekal peranti popular di AS



iPhone kekal peranti popular di AS
San Francisco 25 Januari 2013: iPhone keluaran Apple kekal menjadi telefon pintar paling popular di kalangan pembeli Amerika Syarikat (AS) pada beberapa bulan terakhir 2012.

Bagaimanapun, telefon pintar Android adalah yang paling laris di seluruh dunia, lapor Kantar Worldpanel ComTech.
“Pada akhir 2012, gambaran (sistem operasi) global menunjukkan Android berada di atas, namun kadar pertumbuhan yang dialaminya sepanjang tahun lalu mula perlahan apabila penguasaan mudahnya daripada pembeli telefon pintar kali pertama semakin berkurangan,” kata Pengarah Pandangan Pengguna Global Kantar, Dominic Sunnebo.


iPhone mewakili 51.2 peratus jualan telefon pintar di AS dalam tempoh 12 minggu berakhir 23 Disember tahun lalu, menurut Kantar.

Telefon pintar dikuasai perisian Android daripada Google merangkumi kira-kira 44 peratus jualan manakala peralatan yang menggunakan sistem operasi Windows oleh Microsoft di tempat ketiga dengan 2.6 peratus, kata laporan itu.

Telefon pintar Android terus menjadi jualan terlaris di pasaran utama termasuk Britain, China, Sepanyol, Australia dan Jerman manakala iPhone lebih digemari di Jepun, selain AS sendiri.

Telefon pintar Windows mula menarik perhatian di Eropah, apabila penguasaan jualannya di Britain dan Itali masing-masing meningkat kepada 5.9 dan 13.9 peratus, kata laporan itu.
“Windows Phone kini mula menarik penguasaan memberangsangkan di beberapa negara utama Eropah,” kata Sunnebo.

“Bagaimanapun, prestasinya di pasaran China dan AS masih mengecewakan dan kekal menjadi cabaran utama yang perlu diatasi Microsoft pada 2013.” - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sony pertaruh 2 model baru

  Sony pertaruh 2 model baru 
Ola (kiri) bersama Pengarah Urusan Sony Malaysia, Kikuo Okura pada pelancaran model terbaru Sony Xperia Z, semalam.

Kuala Lumpur, 7 Februari 2013: SONY Mobile Communications menjangkakan barisan model telefon pintar barunya, Sony Xperia Z dan Sony Xperia ZL akan membantu syarikat itu meningkatkan kembali penguasaan pasaran segmen telefon pintar premium di Malaysia.

Ketua Pasaran Asia Tenggaranya, Ola Lilja Molen, berkata kedua-dua model telefon pintar baru itu adalah yang pertama dalam barisan telefon pintar yang ditawarkan bagi segmen premium.
Katanya, kedua-dua model itu didatangkan dengan teknologi terkini termasuk prosesor berkapasiti tinggi, Adreno 320 dengan kuasa empat kali ganda pemproses berkelajuan 1.5 Ghz.


Kedua-dua telefon pintar itu, katanya, menggunakan sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean) selain dilengkapi dengan kamera berkapasiti 13 megapiksel dengan kuasa zoom digital 16 kali serta fungsi tumpuan automatik.

"Telefon pintar ini lahir daripada gabungan pengalaman meluas kami dalam membangunkan peranti pengguna seperti permainan video terkemuka, seperti PlayStation dan pelbagai peranti lain. Kini, bahagian perniagaan telefon pintar adalah tumpuan utama kami.

"Kami yakin pengenalan pelbagai ciri dan teknologi canggih dalam kedua-dua model ini akan menambat perhatian pengguna telefon pintar yang sentiasa mahukan peranti mereka sejajar dengan trend pekembangan teknologi telefon pintar," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Sony Xperia Z dan ZL di Kuala Lumpur, semalam.

Sony Xperia Z ditawarkan pada harga RM2,199 seunit manakala Sony Xperia ZL pula ditawarkan pada harga RM1,899. Kedua-dua model itu akan mula berada di pasaran mulai 15 Mac depan.
"Kami kini sudah dalam peringkat akhir melakukan perbincangan dengan beberapa syarikat telekomunikasi utama negara ini, supaya mereka turut menawarkan Sony Xperia Z dan ZL dalam pakej perkhidmatan mereka.

"Pengumuman mengenainya akan dilakukan dalam masa terdekat," kata Ola.

Menariknya, model Sony Xperia Z direka sebagai telefon pintar kalis air, yang mana kelebihan itu akan memudahkan pengguna menjaga keselamatan dan kebersihan telefon pintar mereka dalam keadaan lembap atau basah.

"Ia adalah salah satu cara kami membezakan telefon pintar keluaran Sony dengan syarikat lain dengan menawarkan lebih banyak ciri inovatif yang amat berguna kepada pelanggan kami," kata Ola.

Kedua-dua model telefon pintar itu keseluruhannya mempunyai ciri hampir sama, kecuali Sony Xperia ZL yang mempunyai saiz lebih kompak, iaitu 131.7 inci berbanding Sony Xperia Z dengan panjang 139.

"Pengenalan dua varian berbeza ini, iaitu elegan dan kompak adalah strategi kami untuk meraih pelanggan dengan cita rasa penggunaan telefon pintar yang berbeza.

"Tahun ini, kami turut mempunyai rancangan untuk memperkenalkan telefon pintar dengan harga berpatutan dan rendah," kata Ola.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rebat RM200 beli telefon pintar 3G

Kuala Lumpur,25 September 2012: Kira-kira 1.5 juta belia bakal menikmati rebat RM200 untuk telefon pintar mudah alih 3G setiap seorang dengan Pakej Komunikasi Belia, bermula 1 Januari depan.

Sehubungan itu, RM300 juta yang disediakan itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) bagi memberi laluan kepada golongan muda mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.

Pakej itu boleh dimiliki melalui pengedar rasmi telefon pintar mudah alih sekali gus memberi manfaat kepada 22 peratus belia berusia antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.


Sebagai galakan

Setiausaha Agung Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Muhammad Syukri Ibrahim, berkata pakej itu sebagai galakan kepada belia menggunakan teknologi terkini.

Penggunaan telefon itu berpatutan dengan kehendak belia yang dahagakan ilmu. Pakej itu jawapan kepada kehendak mereka untuk memilikinya, katanya.

Ketua Pegawai Operasi, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia, Zakaria Mad Sam, berkata pemberian rebat itu membuktikan kerajaan memahami keperluan belia yang membesar dengan teknologi maklumat.
Usaha itu juga dilihat sebagai satu langkah melahirkan belia bermaklumat menjelang Wawasan 2020 selain meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan mereka, katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MPKK rayu pertimbang rebat telefon

Kuala Lumpur,29 September 2012: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merayu kerajaan mempertimbangkan semula pemberian rebat untuk membeli telefon pintar 3G bagi belia 21 hingga 30 tahun.

Pengerusinya, Hafiz Ariffin, berkata ini berikutan penetapan hanya telefon pintar berharga RM500 ke bawah saja layak mendapat rebat selain pilihan telefon yang terhad.

Wujud kekecewaan


“Golongan muda amat gembira dan bersyukur apabila kerajaan sebelum ini mengumumkan rebat untuk membeli telefon pintar, bagaimanapun wujud kekecewaan di kalangan anak muda khususnya mahasiswa kerana kaedah pelaksanaan (rebat) tidak seperti diharapkan.

“Ini kerana kerajaan menetapkan hanya telefon pintar berharga RM500 ke bawah saja layak mendapat rebat, selain pilihan telefon juga terhad,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan belia berusia di antara 21 dan 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

1.5 juta belia
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penumpang yang menggunakan telefon pintar kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian.

Kuala Lumpur,8 Februari 2013: Penumpang yang menggunakan iPhone dan telefon mudah alih pintar Android di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian.





Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar melancarkan sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu di sini, semalam. Ia dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.

Sedia Perkhidmatan Selesa
Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee, berkata sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa, cepat dan cekap kepada penumpang.
Beliau berkata teksi itu yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah, bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Bukit Bintang,.
“Pada masa ini kita mempunyai sekitar 3,000 pemandu teksi di bawah syarikat kami dan 1,000 sudah dipasang sistem ini.
“Kita berharap menjelang akhir tahun ini 1,000 lagi teksi akan menggunakannya. Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini,” katanya.

Tingkat Pendapatan
Beliau berkata, pendapatan pemandu teksi dapat dibantu dan ditingkatkan sebanyak 50 peratus dengan penggunaan sistem ini kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain. – BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sindiket mencuri telefon pintar berjaya ditumpaskan

KUALA LUMPUR,29 Oktober 2012: Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri 1,407 telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note II bernilai RM3.23 juta selepas tertangkapnya 13 orang, termasuk dalang sindiket itu dalam tempoh sembilan hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kesemua mereka adalah empat wanita dan sembilan lelaki yang berumur antara 22 dan 43 tahun.

Beliau berkata, daripada 13 ditahan itu, seorang daripada mereka berusia 42 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.


"Polis melancarkan operasi pada 23 Oktober selepas mendapat maklumat dan mereka ditahan di 11 lokasi di sekitar kawasan MAS Kargo di Sepang, kawasan perumahan di Nilai, Puchong, Sepang dan pasar raya menjual peralatan elektronik di Bukit Bintang," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Pada 20 Oktober lalu, sekumpulan penjenayah menyamar sebagai wakil syarikat perkhidmatan pengangkutan untuk melarikan telefon pintar itu dari pusat simpanan kargo di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Syed Ismail berkata, hasil daripada tangkapan itu, polis menemui 71 buah telefon pintar itu manakala selebihnya masih dikesan.

Beliau berkata, dalang sindiket itu adalah petugas sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan yang dipercayai mempunyai maklumat dalaman mengenai telefon pintar itu.
Katanya, polis turut menemui sebuah lori, yang digunakan untuk melarikan telefon pintar terbabit di Sepang dan lori berkenaan dilaporkan dicuri di Brickfields pada 18 Oktober lalu.

Katanya, antara mereka yang ditahan itu terdapat seorang wanita yang membeli 80 telefon pintar itu dengan harga RM104,000 dan menjualnya kepada orang ramai dengan harga RM1,850 seunit.

Sehubungan itu, polis masih mencari empat lagi suspek kes berkenaan iaitu U Chalan, 23, beralamat No 17, Jalan Cheko, Jalan Klang Lama, di sini, dan N Selvakumar, 32, beralamat PT10642, Taman Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan.

Dua lagi adalah adik beradik lelaki iaitu J Aravindan, 29, dan J Pratib beralamat No 7745, Taman Desa Jasmin 2, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika membeli telefon pintar berkenaan dengan harga murah kerana harga pasaran adalah RM2,299 dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka membeli telefon curi.

Mengenai siasatan dua pelajar Malaysia, yang belajar di Singapura dan mengeluarkan gambar dan video lucah mengenai diri mereka, Syed Ismail berkata, polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah dan siasatan dibuat berdasarkan laporan media.

"Sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan terhadap pasangan kekasih itu," katanya.

- BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senarai telefon pintar untuk rebat RM200 dikeluar minggu depan




KUALA LUMPUR, 5 Januari 2013: Senarai telefon mudah alih pintar yang ditawarkan kepada belia bagi mendapatkan rebat RM200 menerusi Pakej Komunikasi Belia akan dikeluarkan pada minggu hadapan oleh tujuh syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tujuh syarikat itu terdiri daripada Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Clixster,
Tune Talk dan YTL Communications (YES). Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abd


Rahman berkata, tujuh syarikat berkenaan perlu memaklumkan model telefon pintar
itu kepada SKMM sebelum menawarkan kepada belia yang layak.

"Selepas SKMM mendapat senarai model telefon bimbit tersebut, SKMM akan
menggabungkan senarai berkenaan untuk syarikat telekomunikasi keluarkan pada
laman web masing-masing. SKMM akan pantau dari segi jenama yang sesuai,
harga berpatutan dan tidak ada kes telefon tiruan.
"Model telefon pintar ini di setiap penjual yang dilantik mungkin berbeza
antara satu sama lain. Tidak semua penjual mempunyai semua jenis telefon bimbit
yang belia mahukan," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jemaah Menteri bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Dalam pada itu, Sheikh Raffie menasihati golongan belia supaya bersabar ketika membuat permohonan secara online di laman web skmm.gov.my untuk mendapatkan rebat RM200 itu.

"Oleh kerana terlalu ramai mengakses laman web kita pada satu-satu masa yang
menyebabkan sistem menjadi perlahan. Kalau mengalami kesukaran jangan berputus
asa dan jangan pula cuba klik banyak kali, masuk online semula dan buat
permohonan," katanya.

Beliau berkata, SKMM akan terus memperbaiki dan memantau sistem permohonan
online itu dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kepuasan semua pihak.

Katanya, setakat jam 8 pagi tadi, seramai 22,000 pemohon sudah mendapat kelulusan menerima rebat RM200 itu. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LG to release full HD smartphone in Korea


SEOUL, South Korea: LG Electronics Inc. said Monday its new smartphone with a full high-definition screen will go on sale in South Korea this week before hitting shelves in Japan in April.


The Optimus G Pro smartphone features a 5.5-inch screen that packs over 2 million pixels, or twice as many as smartphones with HD screens.  
The new Android-powered phone sports other upgrades including a camera that can shoot full HD videos and photographs.  
The South Korean company, Sony Corp., HTC Corp. and other phone manufacturers are trying to make high-resolution screens a key feature in their new smartphones this year.   
Full HD screens are more common in televisions but smartphone makers began to embrace them this year amid cutthroat competition. One in every two smartphones is made by Samsung Electronics Co. or Apple Inc., creating a hardscrabble fight among the second-tier of makers.  
LG executives said their current goal is elevating the reputation of the Optimus brand after turning around the company’s mobile communications business following years of losses.  
The Optimus G Pro is available at 968,000 won ($894) without in South Korea without a mobile carrier contract.   
The model will be on display at the annual mobile fair in Barcelona, Spain kicking off next week.   
Once the world’s No. 3 mobile phone maker, LG was the fifth-largest mobile phone maker by shipments in 2012 after Samsung, Nokia Corp., Apple and ZTE Corp., according to market research firm IDC. -- AP



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Samsung Electronics sold 63 million smartphones in Q4

SEOUL: Samsung Electronics Co , the world’s top handset maker, sold 63 million smartphones in the fourth quarter and commanded a 29 percent share of the global smartphone market, a report by research firm Strategy Analytics showed on Friday.


Seoul: Samsung Electronics Co, the world's top handset maker, sold 63 million smartphones in the fourth quarter and commanded a 29 per cent share of the global smartphone market, a report by research firm Strategy Analytics showed on Friday.
In 2012, Samsung sold 213 million smartphones with a 30 per cent market share, followed by Apple Inc, which sold 135.8 million iPhones with a 19 per cent market share, the report said.
Recently, Samsung, the world leader in mobiles and memory chips, said in a statement that it had sold over 100 million Galaxy S devices in only 2 years and 7 months after the first model launched in May 2010.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Behemoth smartphone

HIGH resolution smartphones that sport a 5-inch display at the very minimum seem to be the new flagship for smartphone manufacturers, and it is not hard to see why

 After all, Full HD 1080p capability delivers unprecedented clarity and sharpness, be it a page of text or a collection of images, and with the Oppo Find 5, you are in for a treat. This Android-powered smartphone will arrive here as part of the first batch of international availability, joining the usual suspects such as the US as well as a fair number of countries in Europe. The Oppo Find 5 is touted to come with a Full HD 5-inch display, run on a quad-core Snapdragon S4 Pro processor, sport 2GB RAM with a generous 2,500mAh battery that ought to keep it going for the entire day of normal use without needing a recharge, alongside a 13-megapixel camera, all crammed into a chassis that is amazingly thin at just 6.9mm.
Pricing details aren’t out just yet, but don’t expect it to come cheap. After all, you do get what you pay for.
https://www.facebook.com/Oppo
Remote that does magic
LG has just announced that it has a spanking new LG Magic Remote for its range of Cinema 3D Smart TVs which will debut at CES 2013. The remote has been redesigned to adopt enhanced language recognition capabilities for making executing commands in the most simple, natural, interactive and conversational manner possible. Not only that but it also retains all four control options — voice, gesture, point and wheel — making this the most complete universal remote ever. With the LG Magic Remote, you can issue a verbal command in a simple and effective manner. Thanks to the new Natural Language Recognition software, speaking out voice commands are as easy as regular speech, and it also lets you talk in a more conversational manner. Imagine doing away with the awkward pauses between the command and the title. You can just say “Show me Gangnam Style video” and the new Magic Remote will take note of your request and get to work right away.
The remote also doubles up as a universal control solution, letting you control not only Smart TVs but compatible set-top boxes, sound bars and Blu-ray players as well. You can choose from the premium and regular versions of the LG Magic Remote. The former comes with LED back-lit buttons for easy operation in the dark.

Multitasking on Android
SOUTH Korean manufacturer Samsung has announced the Samsung Galaxy Grand, a smartphone positioned to cater to those who live fast-paced mobile lifestyles and demand more from their smartphone. Running on Android 4.1.2 Jelly Bean (with Project Butter on board for that super smooth user experience), Galaxy Grand has a 5-inch display that delivers an expansive viewing experience in brilliant colour and clarity. Despite the generous screen size, it remains slim, ergonomic and comfortable to hold. In fact, you can also perform multitasking on the Samsung Galaxy Grand, thanks to the Multi Window feature, and everything is held together by the dual-core 1.2GHz processor underneath the hood. Other hardware specifications include a powerful camera with zero shutter-lag and a super fast camera start-up time, accompanied by a backside illumination sensor that delivers clear shots even in low light conditions.
Want Full HD video recording? The Samsung Galaxy Grand does that as well. Apart from that, the Samsung Galaxy Grand also features a dual SIM feature that delivers total communication flexibility, letting you manage a couple of numbers from a single handset. Basically, you can receive a phone call on one line while putting it on hold and attending to the other incoming call, without having to disable either line. Neat, no?

Projector that connects
THE world of projectors is hardly an exciting one, but you know that you are on to something here with the LG Hecto Laser TV projector, which is a 100-inch class device that boasts of Smart TV as well as Digital TV capabilities. The LG Hecto Laser TV comprises a special screen unit, as well as an external Ultra Short Throw (UST) projection unit, and if you are going to be at CES 2013 in a week’s time, you will be able to check it out in action. The LG Hecto Laser TV delivers Full HD 1080p resolution and incredible contrast, thanks to LG’s advanced laser-based illumination system. It does not come with difficult installation procedures as required by previous projector-based systems. In fact, you can place the lens just 22 inches away from the screen, and you can opt to place it on the floor or affix it to the ceiling. Apart from 1080p Full HD resolution, it also boasts of 1,000,000:1 dynamic contrast ratio, a digital tuner and a pair of 10W built-in speakers that have been embedded in the projection unit to deliver virtual surround sound. Connectivity options include a trio of HDMI ports, an optical audio output, and a RS-232 interface.

                                              

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS