My Blog List

About

Powered by Blogger.

Tags

Archives

RSS

MPKK rayu pertimbang rebat telefon

Kuala Lumpur,29 September 2012: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merayu kerajaan mempertimbangkan semula pemberian rebat untuk membeli telefon pintar 3G bagi belia 21 hingga 30 tahun.

Pengerusinya, Hafiz Ariffin, berkata ini berikutan penetapan hanya telefon pintar berharga RM500 ke bawah saja layak mendapat rebat selain pilihan telefon yang terhad.

Wujud kekecewaan


“Golongan muda amat gembira dan bersyukur apabila kerajaan sebelum ini mengumumkan rebat untuk membeli telefon pintar, bagaimanapun wujud kekecewaan di kalangan anak muda khususnya mahasiswa kerana kaedah pelaksanaan (rebat) tidak seperti diharapkan.

“Ini kerana kerajaan menetapkan hanya telefon pintar berharga RM500 ke bawah saja layak mendapat rebat, selain pilihan telefon juga terhad,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan belia berusia di antara 21 dan 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

1.5 juta belia
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment