My Blog List

About

Powered by Blogger.

Tags

Archives

RSS

Penumpang yang menggunakan telefon pintar kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian.

Kuala Lumpur,8 Februari 2013: Penumpang yang menggunakan iPhone dan telefon mudah alih pintar Android di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian.





Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar melancarkan sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu di sini, semalam. Ia dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.

Sedia Perkhidmatan Selesa
Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee, berkata sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa, cepat dan cekap kepada penumpang.
Beliau berkata teksi itu yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah, bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Bukit Bintang,.
“Pada masa ini kita mempunyai sekitar 3,000 pemandu teksi di bawah syarikat kami dan 1,000 sudah dipasang sistem ini.
“Kita berharap menjelang akhir tahun ini 1,000 lagi teksi akan menggunakannya. Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini,” katanya.

Tingkat Pendapatan
Beliau berkata, pendapatan pemandu teksi dapat dibantu dan ditingkatkan sebanyak 50 peratus dengan penggunaan sistem ini kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain. – BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment