Bagaimanapun, telefon pintar Android adalah yang paling laris di seluruh dunia, lapor Kantar Worldpanel ComTech.
iPhone mewakili 51.2 peratus jualan telefon pintar di AS dalam tempoh 12 minggu berakhir 23 Disember tahun lalu, menurut Kantar.
Telefon pintar dikuasai perisian Android daripada Google merangkumi kira-kira 44 peratus jualan manakala peralatan yang menggunakan sistem operasi Windows oleh Microsoft di tempat ketiga dengan 2.6 peratus, kata laporan itu.
Telefon pintar Android terus menjadi jualan terlaris di pasaran utama termasuk Britain, China, Sepanyol, Australia dan Jerman manakala iPhone lebih digemari di Jepun, selain AS sendiri.
Telefon pintar Windows mula menarik perhatian di Eropah, apabila penguasaan jualannya di Britain dan Itali masing-masing meningkat kepada 5.9 dan 13.9 peratus, kata laporan itu.
“Windows Phone kini mula menarik penguasaan memberangsangkan di beberapa negara utama Eropah,” kata Sunnebo.
“Bagaimanapun, prestasinya di pasaran China dan AS masih mengecewakan dan kekal menjadi cabaran utama yang perlu diatasi Microsoft pada 2013.” - AFP
0 comments:
Post a Comment