Kuala Lumpur,25 September 2012: Kira-kira 1.5 juta belia bakal menikmati rebat RM200 untuk
telefon pintar mudah alih 3G setiap seorang dengan Pakej Komunikasi
Belia, bermula 1 Januari depan.
Sehubungan itu, RM300 juta yang
disediakan itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKM) bagi memberi laluan kepada golongan muda
mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.
Sebagai galakan
Setiausaha Agung Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Muhammad Syukri Ibrahim, berkata pakej itu sebagai galakan kepada belia menggunakan teknologi terkini.
Penggunaan telefon itu berpatutan dengan kehendak belia yang dahagakan ilmu. Pakej itu jawapan kepada kehendak mereka untuk memilikinya, katanya.
Ketua Pegawai Operasi, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia, Zakaria Mad Sam, berkata pemberian rebat itu membuktikan kerajaan memahami keperluan belia yang membesar dengan teknologi maklumat.
Usaha itu juga dilihat sebagai satu langkah melahirkan belia bermaklumat menjelang Wawasan 2020 selain meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan mereka, katanya.
0 comments:
Post a Comment